‘Orang Kuat Sabah’, Juara Tarik Tali

‘Orang Kuat Sabah’, Juara Tarik Tali

0
SHARE

BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – Pasukan Tarik Tali Sabah Juara Tarik Tali sempena sambutan Ulangtahun UMNO Ke-71 baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2017.

Kemenangan bergaya dan mudah ditunjukkan oleh Pasukan Tarik Tali Sabah untuk menjuarai kejuaraan ini dengan memenangi kesemua cabaran secara ‘straight game’ tanpa kalah.

Sabah yang diundi dalam Kumpulan A dengan mudah mengalahkan pasukan daripada Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir (menentang pasukan Perak) dan separuh akhir (menentang pasukan Johor) serta menang untuk terus ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir, pasukan Sabah menentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menang sekaligus menjuarai acara Tarik Tali untuk edisi ini.

Pasukan Tarik Tali Sabah diketuai oleh Rainold J. Mokujin (Pengurus Pasukan), Mohd Asmawi Majingkin (Jurulatih), Raibon Majimal (Jurulatih), Anderson Martin (Kapten Pasukan) serta atlet iaitu Geinod Lozitin (Strong Men Sabah), Maron B. Majimal, Mohd Sah Affandi, Alfred Mangabis (Strong Men Sabah), Dearis Robert, Mazri Sital (Strong Men Sabah), Mohd Syawal, Alford A., Mohd Rizam (Strong Men Sabah) dan Mohd Riduan.

Pasukan ini juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Asean Indoor di Pattaya pada tahun 2016 dan juga Jemputan Antarabangsa Brunei Darussalam Indoor Asean pada tahun 2015.