PENAMPANG: Satu kes cubaan bunuh diri dilaporkan berlaku di tingkat 3, Blok P, Taman Vista Minintod pada malam Isnin.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11,19 malam dan jentera bomba tiba di lokasi pada 11.29 malam, kira-kira 6 kilometer dari balai bomba Penampang.
“Mangsa, seorang lelaki berusia 29 tahun, berjaya diselamatkan selepas pihak bomba memujuknya dengan bantuan ibu dan isteri mangsa.
“Mangsa dilaporkan selamat dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 12.43 tengah malam.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, termasuk lima anggota di jentera LFRT dan dua anggota di EMRS, bersama dua anggota Polis Diraja Malaysia terlibat dalam operasi.






