KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut hari ini (18 Sept) bagi memantau dan melihat keadaan sebenar kakitangan atau petugas barisan hadapan (frontliners) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Tanpa sebarang protokol rasmi dan hanya membawa seorang pegawainya, Khairy atau mesra dikenali dengan panggilan KJ mendapat pujian ramai daripada warga netizen.
Difahamkan menurut satu hantaran pada Facebook oleh seorang pengguna Nik Aminudin Nss berkata, Khairy melakukan lawatan mengejut tersebut di Hospital Kajang sambil memuji tindakan Menteri Kesihatan baharu itu.
Dalam pada itu, rata-rata warga netizen memberi pujian kepada KJ melalui beberapa keping gmbar yang tular pada media sosial sejak petang tadi.

Antara rakaman pendek VIDEO-VIDEO sewaktu lawatan mengejut Khairy Jamaluddin (KJ) ke Hospital Kajang hari ini…
Berikut adalah antara komen para netizen yang melihat inisiatif dan usaha terbaik KJ dalam lawatan mengejut hari ini;














