Kemudahan Telah Disediakan, Tinggal Belia Cari Cara Merebut Peluang – Amisah

Kemudahan Telah Disediakan, Tinggal Belia Cari Cara Merebut Peluang – Amisah

0
SHARE
Amisah bergambar kenangan dengan Erwandie dengan pekerja One’D Gadget di Telipok semalam...

KOTA KINABALU, SABAH – Golongan belia diminta memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan keupayaan diri dalam menempuh masa depan yang semakin mencabar.

ADUN dilantik Datuk Amisah Yassin berkata, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang sama ada dalam bidang pendidikan dan peluang perniagaan kepada generasi muda.

Beliau berkata, program keusahawan merupakan antara inisiatif yang disediakan khusus kepada golongan belia untuk meningkatkan nilai tambah diri.

“Dalam dunia hari ini dengan persaingan untuk merebut pekerjaan yang semakin sengit ditambah dengan bidang kemahiran yang sentiasa berubah, golongan belia seharusnya berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran masing-masing…

“Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif. Tinggal lagi bagaimana golongan belia mahu merebut peluang itu untuk kebaikan mereka sendiri,katanya.

Beliau berkata demikian semasa semas merasmikan pembukaan One’d Gadget Kota Kinabalu ke 5 di Telipok semalam.

Amisah (kiri) semasa permasmian pembukaan One’d Gadget Kota Kinabalu ke 5 di Telipok…

Amisah yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu Sabah berkata, dalam menempuh cabaran hidup hari ini dan akan datang, golongan belia tidak sepatutnya bersikap suka menyalahkan pihak lain khususnya kerajaan jika gagal memperoleh sesuatu seperti pekerjaan dan lain-lain.

“Hal ini kerana, dalam apa juga perkara, kita kena berusaha lebih gigih untuk mendapatkan sesuatu. Jika orang lain boleh berjaya mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka…

“Sikap suka menyalahkan orang lain termasuk suka merungut dengan masalah di sekeliling tidak mampu menjadikan kita lebih baik,” ujar beliau.

Pemilik kedai tersebut merupakan anak muda daripada Kg. Debut Langsat Ranau, Erwandie Awiss Juharin, 30 tahun. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Perniagaan selama 10 tahun.

Menurut beliau kedai tersebut memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah  keperluan peralatan dan membaiki Telefon Bimbit  dengan harga kilang.

Erwandie mengharapkan dengan kewujudan kedai One’d Gadget itu menjadi laluan membuka lebih banyak cawangan di seluruh Sabah pada masa akan datang untuk memberi peluang lebih ramai belia menceburkan diri dalam bidang keusahawan.