KENINGAU, SABAH – Tiga belas (13) orang mangsa terdiri dari dua buah keluarga di Kg Bunsit, Minansut dan Tongkugon sini dipindahkan ke rumah saudara mara dengan bantuan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia.
Mereka adalah empat lelaki dan sembilan perempuan dalam operasi 9.20 malam semalam.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata keadaan paras air seluruh kawasan terjejas di Daerah Keningau dilaporkan semakin surut ketika operasi ditamatkan pada jam 12.23 pagi tadi.
“Pasukan Bomba turut melakukan pemantauan banjir di Kg. Linggawon,” katanya dalam kenyataan.