
KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) baharu, Raisin Saidin bertemu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
“Saya berharap Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dibawah Raisin akan terus membantu kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan kecemerlangan akademik di Sabah,” kata Hajiji.
Raisin yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Pendidikan menggantikan tempat pengarah sebelum ini, Datuk Tah Nia Jaman.





