
KUALA LUMPUR – SABAH mencatat angka tertinggi di Malaysia kes baharu positif COVID-19 hari ini apabila merekodkan 488 KES daripada 561 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Dilaporkan juga kes sembuh hari ini sebanyak 133 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,913 kes (69.70%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,587 kes.
DARIPADA 561 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lapan (8) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 553 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku peningkatan sebanyak 90 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat dua (2) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 157 kes (1.00%).
