Kerajaan Putuskan Perlaksanaan PKPB Di Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Hingga 26...

Kerajaan Putuskan Perlaksanaan PKPB Di Kota Belud Berkuatkuasa 13 Oktober Hingga 26 Oktober 2020

0
SHARE
Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini...

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Belud, Sabah akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam, 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020 ini.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi siaran langsung sidang media hari ini di Facebook Kementerian Pertahanan berikutan berlakunya pertambahan kes di daerah itu.

“Perlaksanaan PKPB ini bagi kita membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan, saringan secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari tersebut,” katanya.