Sejarah Baharu Perancis Tercipta, Macron Presiden Termuda di Dunia

Sejarah Baharu Perancis Tercipta, Macron Presiden Termuda di Dunia

0
SHARE

Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron telah berjaya dinobatkan sebagai Presiden Perancis dalam pilihan raya negara itu pada Ahad lalu.

Keputusan akhir menunjukkan, Macron yang berusia 39 tahun memperolehi lebih 65% undi, berbanding 34% undi yang diterima pencabarnya Marine Le Pen yang berusia 48 tahun dan ini sekaligus melayakkan beliau untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.

Dengan kemenangan ini, beliau telah mencipta sejarah sebagai presiden termuda dalam sejarah Perancis.

Emmanuel Macron yang juga bekas pegawai bank sebelum ini terkenal dengan kepakarannya dalam menguruskan hal ekonomi. Disebabkan itu, nama beliau tercalon sebagai presiden negara itu dan persiapan yang dilakukan hanya memakan masa selama setahun.

Kempen gerakan ’En Marche’ atau ’In Motion’ telah dilancarkan olehnya pada tahun 2016 dan menerusi kampen tersebut, beliau berjanji untuk merubah corak ekonomi Perancis. Antara lain, Macron juga mempunyai hubungan baik dengan bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Hillary Clinton. Mereka juga telah memberi sokongan penuh kepada Macron sewaktu pilihan raya Perancis.