KERAJAAN NEGERI KOMITED UNTUK MEMBAWA PEMBANGUNAN UNTUK SEMUA – KM HAJIJI

KERAJAAN NEGERI KOMITED UNTUK MEMBAWA PEMBANGUNAN UNTUK SEMUA – KM HAJIJI

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited membawa kesejahteraan untuk semua di negeri ini kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini bekerja keras untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada negeri dan rakyat,” katanya.

Berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan asnaf di Masjid Jamek, di sini, hari ini, beliau mengulangi kepentingan untuk semua khususnya umat Islam untuk mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sepanjang bulan Ramadan.

Beliau turut mengingatkan bahawa perpecahan dan keretakan dalam kalangan rakyat hanya bakal menghalang kemajuan dan pembangunan yang telah dirancang kerajaan.

Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari kemudian menyerahkan sumbangan tersebut sebelum berbuka puasa.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe.