Lelaki Selamat Selepas Jatuh Ke Sungai

Lelaki Selamat Selepas Jatuh Ke Sungai

0
SHARE
Keadaan kereta mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. - Foto Ihsan Bomba...

KENINGAU, SABAH – Seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terjatuh ke dalam sungai sedalam 10 kaki di Kg Liau Darat sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung Isuzu Invader terbabit pada jam 8.34 malam.

“Mangsa Masius Banggang, 59, dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Kenderaan beliau terbalik berhampiran sebuah jambatan.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 9.03 malam.