Bung Hadir Majlis Perkahwinan Ketua Puteri UMNO Kinabatangan

Bung Hadir Majlis Perkahwinan Ketua Puteri UMNO Kinabatangan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin semalam menghadiri majlis perkahwinan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Kinabatangan, Norhhamiza Tinih, dan pasangannya Asman Mali di Sabah Hotel Sandakan.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah dan bahagian Kinabatangan meluangkan masa lebih dua jam pada majlis tersebut untuk beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Majlis resespsi pasangan berlangsung meriah dengan kalangan tetamu turut mengambil peluang bergambar bersama Bung dan beberapa anggota kabinet dan pemimpin Umno Sabah yang hadir.

Antaranya ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Yakub Khan, Menteri Pelancongan Kebududayaan dan Alam Sekitar yang juga Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya, Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Raime Unggi dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Datuk Dr. Fadilah Sabri.

Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri Pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Kinabatangan serta ahli keluarga pengantin.