Mayat Mangsa Lemas Ditemui Terapung Selepas Tiga Hari Pencarian

Mayat Mangsa Lemas Ditemui Terapung Selepas Tiga Hari Pencarian

0
SHARE
Bomba
Mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan terapung ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TONGOD, SABAH – Mayat seorang lelaki yang lemas di Kampung Bulot ditemui pagi Selasa selepas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu.

Reczelco Aslan, 24, ditemui dalam keadaan terapung di Abau-Abau, Sungai Milan Tongod, kira-kira tujuh pagi, semalam oleh pasukan penyelamat dan orang kampung.

Beliau disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pada Ahad, sepasukan empat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke lokasi kira-kira 157 kilometer sebaik menerima panggilan jam 8.18 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan di sepanjang sungai selepas menerima maklumat daripada pengadu.

“Usaha mencari dan menyelamat turut disertai agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.