COVID-19: KES BAHARU TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 1,884 KES, 2 KEMATIAN DAN...

COVID-19: KES BAHARU TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 1,884 KES, 2 KEMATIAN DAN 883 KES SEMBUH

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 23 November 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu positif COVID-19 tertinggi setakat ini dicatatkan hari ini iaitu sebanyak 1,884 KES, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Daripada laporan KKM itu, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,203 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 56,659 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 13,842 kes.

DARIPADA 1,884 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak dua (2) Kes import, manakala 1,882 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM memaklumkan kes sembuh hari ini adalah sebanyak 883 KES.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 42,480 kes (75.0%).

Menurut laporan KKM hari ini, SABAH mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 416 KES.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Menurut KKM juga, sebanyak 115 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 48 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 337 kes (0.6%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana NEGERI SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (23 November 2020) sebanyak 1,203 KES daripada keseluruhan 1,884 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)