Qi Razali Keluar Kugiran OAG Setelah 30 Tahun, Dakwa Diri “Dipijak Orang...

Qi Razali Keluar Kugiran OAG Setelah 30 Tahun, Dakwa Diri “Dipijak Orang Toksik”

0
SHARE
Qi
Pelakon, pengacara dan pemuzik Qushairi Mohammed Razali atau Qi ( Sumber Foto: Google )

KUALA LUMPUR – Pelakon, pengacara dan pemuzik Qushairi Mohammed Razali yang terkenal sebagai pemain drum OAG bertindak keluar dari kumpulan rock alternatif 90-an itu setelah bermain selama tiga dekad.

Beliau yang lebih dikenali peminat sebagai Qi, mengumumkan keputusannya melalui satu ciapan di Twitter pada malam konsert Hari Natal sebelum menghuraikan lebih lanjut pada Isnin lepas.

Dalam satu siri ciapan individu berusia 45 tahun itu, Qi menyatakan bahawa beliau membuat keputusan tersebut kerana adanya pilihan lain dalam hidup.

“Kugiran itu tetap akan terus wujud, jangan risau. Kekuatan band itu bukan pada pemain drum. Jadi boleh saja ganti mana-mana pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau kamu sokong kerjaya aku sokonglah langkah aku kali ini,” tulisnya dalam ciapan itu.

Dalam pada itu ,Qi juga memuat naik ciapan samar yang membuatkan peminat mencetuskan spekulasi bahawa terdapat konflik dalam dalam kugiran itu.

Dalam ciapannya bertarikh 31 Disember tahun lalu, Qi menyamakan dirinya seperti kertas tandas manakala dalam ciapan berasingan, beliau menulis “gunalah aku selagi aku bernyawa”.

Sehari selepas itu, beliau mengatakan mempunyai hak untuk menjalani kehidupan sendiri dan cara menjalaninya.

Susulan itu, Qi berkata beliau berikrar tidak akan membenarkan sesiapa mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi sebagai resolusi tahun baru.