Hujan Lebat Berterusan, Jalan Utama KK -Sandakan Ditutup Serta Merta

Hujan Lebat Berterusan, Jalan Utama KK -Sandakan Ditutup Serta Merta

0
SHARE

RANAU, SABAH – Jalan utama Kota Kinabalu-Sandakan, (Jalan Riverside) ditutup serta-merta untuk semua kenderaan bermula malam ini susulan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah malam ini menjelaskan hujan lebat terbabit telah mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang boleh membahayakan pengguna laluan itu.

Sehubungan dengan itu, JKR Sabah menggesa pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat.

Banjir
Banjir kilat di jalan Ranau ( Sumber Foto: Ihsan Pembaca / Gambar Tular)

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil).

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap bersabar untuk keselesaan bersama di masa akan datang,” jelas dalam kenyataan terbabit.

Banjir
Jalan utama Kota Kinabalu-Sandakan, (Jalan Riverside) yang putus akibat hujan lebat berterusan ( Sumber Foto: Ihsan Pembaca / Gambar Tular)