Bung Ajak Rakyat Sabah Untuk Terus Bersatu Sokong Kerajaan

Bung Ajak Rakyat Sabah Untuk Terus Bersatu Sokong Kerajaan

0
SHARE
Bung Bersama Setiausaha Tetap KKRS Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah JKR Datuk Ir Ali Ahmad Hamid semasa majlis Anugerah Perkhidamatan Cemerlang JKR baru-baru ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengajak rakyat di negeri ini agar terus bersatu padu menyokong kerajaan pada tahun 2022 bagi meneruskan lebih banyak pembangunan.

“Marilah kira raikan persamaan untuk memajukan negeri ketika kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi untuk memulihkan ekonomi ekoran penularan Pandemik COVID-19,” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam perutusannya kepada kakitangan Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) sempana tahun baru 2022 yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya cabaran baharu yang menanti menuntut kesungguhan seluruh kakitangannya.

“Saya berharap seluruh warga kerja KKRS menetapkan resolusi yang bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri malahan turut mampu menyumbang kepada pembangunan negara…

“Resolusi tersebut akan turut memberi kesan positif kepada Jabatan dan seterusnya membantu negara bagi mencapai status negara maju dan sejahtera menjelang tahun 2030,” katanya.

Katanya, bagi melonjakkan industri pembinaan negeri, KKRS telah memperkenalkan Pelan Strategik KKRS 2021-2025 dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 seiring dengan kerangka utama pembangunan negara melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB-2030).

“Dalam pelan ini, peningkatan cekap tadbir urus bagi memperkasakan pembangunan insfrastruktur diletakkan sebagai teras pertama dikuti dengan usaha memantapkan pengurusan dan pelaksanaan projek jalan, jambatan dan bangunan serta memperkasakan pengurusan bekalan air,” katanya.