Kerajaan Negeri Sabah Terima 2 Sumbangan Bagi Menangani Pandemik COVID-19

Kerajaan Negeri Sabah Terima 2 Sumbangan Bagi Menangani Pandemik COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini menerima dua (2) sumbangan bagi membantu negeri ini menangani pandemik COVID-19.

Sumbangan itu berupa RM50,000 daripada 99 Speed Mart East Malaysia Sdn Bhd dan 5,000 unit peralatan perlindungan peribadi (PPE) sumbangan Yayasan MyPrihatin.

Hajiji yang dipetik Bernama berkata beliau berharap kerjasama antara kerajaan negeri dengan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) berterusan dalam membantu menangani pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Saya gembira mengetahui banyak syarikat korporat dan NGO tampil membantu dengan memberikan pelbagai sumbangan kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk akibat pandemik ini. Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih,” katanya dalam kenyataan media hari ini.