Remaja Minum 40 Tin Coca-Cola Sehari

Remaja Minum 40 Tin Coca-Cola Sehari

0
SHARE
Sumber Foto; Caters

CHESHIRE, BRITAIN – Kegilaan seorang lelaki terhadap minuman berkarbonat mengakibatkan beliau meminum lebih 40 tin Coca-Cola sehari.

Laporan Metro UK mengatakan Shane Trench, 21 mengalami masalah berat badan sehingga 203 kilogram akibat meminum hampir 13 liter minuman berkenaan.

Ketagihan Trench juga menyebabkan badannya menerima lebih 5,250 kalori setiap hari dengan minuman sahaja, belum campur kalori makanan yang dimakan.

“Setiap hari sukar untuk saya melakukan perkara asas seperti berjalan naik atau turun tangga,” kata Trench berkenaan ketagihannya.

Trench mengaku telah diberikan amaran oleh doktor yang dia berisiko untuk mati jika ketagihannya dibiarkan berlarutan.

“Saya terpaksa tinggalkan Coca-Cola dan tukar kepada Coke Zero.

“Sekarang saya berjaya kurangkan 69 kilogram dari berat badan asal saya,” jelas Trench.

Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan Trench disusuli dengan kesan sampingan.

“Badan saya bertindak balas dengan teruk akibat penurunan gula mendadak dan saya mula rasa penat dan cepat marah. Tetapi ianya berbaloi dan saya tidak pandang kebelakang lagi,” ujar Trench.

Trench yang kini mempunyai berat badan 127 kilogram berazam untuk mengurangkan 25 kilogram lagi untuk mencapai berat badan idealnya.

Kata Trench, dia mahu memberikan inspirasi kepada mereka yang berada di situasi sama.

“Tak pernah terlambat untuk mendapatkan pertolongan dan tak perlu rasa malu untuk masuk kelab menguruskan badan.

“Secara peribadinya saya rasa ia adalah cara paling efektif untuk kurangkan berat badan kerana anda menjadi sebahagian dari komuniti yang disokong oleh ramai orang,” kata Trench positif.