LONDON – Menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika berpuasa pada Ramadhan yang bakal tiba bulan hadapan (April) tidak akan membatalkan ibadah itu, demikian menurut Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh.
Memetik laporan Arab News, beliau menjelaskan perkara itu menjelang ketibaan Ramadan, tidak lama lagi.
“Vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa kerana ia bukan dianggap sebagai makanan dan minuman…
“Vaksin itu diberikan secara intramuskular, justeru ia tidak membatalkan puasa,” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lebih 2.6 juta dos vaksin COVID-19 telah disuntik pada penerima di negara itu, setakat ini.