397 PATI Indonesia Dihantar Pulang

397 PATI Indonesia Dihantar Pulang

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seramai 397 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Sabah ke Nunukan, Indonesia melalui Terminal Feri Tawau pada Khamis menerusi Program Pemindahan Siri 21/2025 oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dengan kerjasama Konsulat Jeneral Republik Indonesia.

Mereka terdiri daripada 286 lelaki, 76 wanita serta 35 kanak-kanak berusia antara 3 hari hingga 12 tahun, semuanya diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Menurut JIM Sabah, setakat ini 2,251 warga Indonesia telah dihantar pulang tahun ini, menyumbang kepada keseluruhan 10,212 PATI dipindahkan dari Sabah selepas menjalani hukuman dan diberikan Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, majikan perlu memastikan pekerja asing memiliki dokumen sah.

“Kami akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen,” katanya.

Beliau mengingatkan hukuman boleh melibatkan denda sehingga RM50,000, penjara dan sebatan.