KUALA LUMPUR: Walaupun berlainan agama, kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya masih tetap utuh, dan tidak ada sempadanya.
Hal demikian turut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @jurrydjmnh dimana beliau memuat naik satu video yang memaparkan kisah ayah dan ibunya yang bersusah-payah menjenguk beliau ketika sedang berpuasa.
Menurut beliau, ibu dan ayahnya yang beragama Kristian baru sahaja siap beribadah di gereja datang ke rumahnya dengan membawa beberapa buah kelapa bagi beliau dan anaknya untuk berbuka puasa nanti.
“Allhamdulilah, Thanks daddy (ayah) dan mommy (ibu), lepas dorang balik dari gereja, terus dorang pergi beli buah kelapa untuk saya dan anak buka puasa pula,” kata beliau menerusi video tersebut…
Video tersebut juga memaparkan ayahnya sedang bertungkus-lumus membuka buah kelapa bagi beliau dan anaknya untuk berbuka puasa nanti.
Sementara itu, video tersebut yang disukai sebanyak 20,800 ribu kali dan di komen sebanyak 526 kali juga menerima pelbagai reaksi positif daripada ramai para netizen.
Rata-rata para netizen berkata situasi tersebut merupakan perkara biasa yang sering ditemui di Sabah dan Sarawak…
“Dlm family kami ada Non Muslim ada Muslim..yg Non Muslim tu yg paling beriya2 tanya..uii kamu ada puasa ka hari ni..siap kena ceramah yg x puasa,” kata @Bella.
“Sayang ayah sayang ibu tidak ada sempadannya.. walau berbeza agama sekali pun.. hargailah mereka selagi masih hidup,” kata @joyKhalifa.
“di Borneo ni keluarga pelbagai agama… bila bulan puasa.. semua pun ikut puasa… Rindu mama dan bapak di Kampung Tomis.. semoga mereka sihat selalu,” kata @Che_Der.
“Syukurlah kita disabah macam ni,macam aku pun mentua Non Muslim tapi time Ramadhan ni diorg punya caring puh tuhan saja tau,” kata @alikvangani.