KOTA KINABALU, SABAH – Empat Komuniti Rukun Tetangga (4) akan ditubuhkan untuk Luyang tidak lama lagi, kata Ketua Pembangunan Masyarakat Luyang (PPM Luyang), Gee Tien Siong.
Beliau berkata Balai Polis Daerah Kecil Luyang, di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, memerlukan 12 KRT, berikutan peningkatan pembangunan dan perumahan sejak beberapa tahun lalu.
“Pada masa ini terdapat lapan (8) komuniti KRT di Luyang. Salah satu daripadanya dilaporkan lebih aktif dari kalangan yang lain,” katanya…
Beliau berkata KRT adalah pendekatan untuk menjalin hubungan antara keluarga-keluarga di kawasan kejiranan dengan polis dan kerajaan tempatan.
Skim tersebut dianggap sebagai mekanisme yang berkesan untuk membantu masyarakat setempat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah serta memupuk semangat kejiranan dan perpaduan.

Gee, yang juga naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata dengan empat lagi KRT untuk Luyang, diharapkan dapat meningkatkan keselamatan rumah dan menggalakkan keharmonian di kawasan kejiranan.
Pasukan yang terdiri daripada pegawai UPPM Luyang dan Kapitan Luyang diketuai Gee telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Balai Polis Luyang SI Mohd Rashidi Nawawi, bagi membincangkan isu keselamatan awam, cadangan dan penyelesaian pada Sabtu.
Mohd Rashidi turut memberi sokongan padu kepada penubuhan lebih banyak KRT.
Beliau turut mencadangkan KRT yang tidak aktif di Luyang dihidup dan digiatkan semula untuk meneruskan hasrat murni program itu.





