KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lewat 30-an kini ditahan polis susulan serangan kejam terhadap beberapa pelajar madrasah, yang dirakam CCTV dan tular di media sosial.
Kejadian berlaku pada malam Ahad (14 Dis), sekitar jam 11:55 malam, di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu.
Rakaman video menunjukkan lelaki itu menggunakan topi keledar untuk memukul dan menendang kanak-kanak, perbuatan yang menimbulkan kemarahan masyarakat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda menekankan agar orang awam tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi semua pihak.
Beliau menyeru mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan melalui balai polis berdekatan.






