SABAH DIBELASAH 6-0

SABAH DIBELASAH 6-0

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri menyebabkan Sabah FC diaibkan Selangor FC selepas dibelasah 6-0 dalam aksi Liga Super, malam tadi di Stadium Likas.

Keputusan malam tadi menyasksikan Sabah FC sekali lagi dihukum dengan kekalahan teruk selepas turut dibelasah 4-0 oleh UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada 28 Ogos lalu

Aksi lemah Sabah malam tadi bermula seawal minit ke-22 apabila penyerang Selangor, Ifedayo Omosuyi merembat masuk hasil kesilapan pemain Sabah yang tersalah menghantar bola di hadapan gawang sendiri.

Bukan setakat itu, Ifedayo juga bijak mengambil peluang apabila menerima hantaran bola daripada rakan hingga berjaya menambah gol kedua untuk Selangor hanya berselang seminit daripada gol pertamanya.

Sabah yang mula kelihatan tertekan dengan dua gol berturut-turut Selangor pada minit ke-22 dan ke-23 itu gagal menyerang balas untuk mendapatkan gol, sebaliknya Selangor menambah lagi gol ketiga pada minit ke-45 melalui Mukhari Ajmal sebelum wisel waktu rehat dibunyikan.

Perlawanan yang bersambung pada babak kedua mengharapkan sinar untuk melakukan ‘come back’, namun skuad ‘The Rhinos’ itu ditekan lagi dengan gol keempat Selangor yang dicipta sebaik permainan bermula pada minit ke-46 melalui pemain Nor Hakim Hassan yang baru dimasukkan pada babak kedua.

Meskipun Sabah mula mengatur serangan untuk mencari gol pada separuh masa kedua, namun tiada satupun cubaan yang membuahkan hasil.

Sebaliknya, Selangor sekali lagi berjaya mencipta gol melalui Danial Asri pada minit ke-74 dan Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-88.