Wujud Lagi Kluster Baharu Tercetus Daripada Tempat Kerja Di Sabah

Wujud Lagi Kluster Baharu Tercetus Daripada Tempat Kerja Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – ‘Kluster Koyah’ yang dikesan di daerah Kinabatangan semalam adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Sukau.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan seorang pekerja am ladang, lelaki, 43, yang disahkan positif pada 20 Ogos sejak mula bergejala tiga (3) hari sebelumnya.

“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mengesan 25 kes positif dalam kalangan kontak sosial termasuk 19 kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Kluster Pagar Sebrang di Keningau adalah penularan jangkitan di pusat tahanan melibatkan mukim Sebrang, Lingkudau dan Luagan.

“Pada 25 Ogos, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah menerima kes indeks Kampung Kadalakan yang telah dilaporkan dari Pusat Kuarantin Sementara Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau melalui saringan kontak rapat,” jelasnya.

Kes indeks itu merupakan seorang Pegawai Penjara, lelaki, 40, di pusat tahanan bimbingan akhlak.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat pada 27 Ogos sehingga 4 September mendapati pertambahan bilangan kes positif di dalam daerah yang sama…

“Punca yang disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudiannya menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai tersebut dan juga ahli keluarga beliau yang lain.

“Kluster ini dinamakan Pagar Sebrang yang kerana kluster ini terletak di sebuah institusi penjara golongan juvana, yang mana kawasan yang berpagar penuh di Mukim Sebrang,” Masidi berkata.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 05 September 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Setakat semalam kelmarin (5 Sept), 29 kes positif dalam kluster ini termasuk lima (5) kes baharu dilaporkan.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kampung Tetabuan di daerah Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah bermula 7 September sehingga 20 September.

Terdapat sejumlah 77 kawasan PKPD yang aktif di seluruh Sabah buat masa ini.