PRESBAH Sambut Baik Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

PRESBAH Sambut Baik Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik pelantikan Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Presidennya, Haji Yahya Haji Ahmad berkata berdasarkan pengalaman memimpin negara dan kesediaan Muhyiddin mengalas peranan besar itu demi negara tanpa sebarang imbuhan satu sikap yang baik.

“Beliau punya kefahaman mendalam, prinsip dan krisma perjuanganya masih diyakini. Beliau wajar diberi peluang,” katanya.

Yahya menasihatkan penduduk Malaysia, khususnya di Sabah untuk menghornati mana-mana perlantikan yang dibuat Perdana Menteri dan kerajaan bagi mengisi cabang posisi baik sebagai senator atau pun penasihat menteri.

“Semoga mereka meningkatkan kecekapan untuk berusaha mencari cerminan diyakini. Kita juga menghormati pelbagai pandangan umum soal pertikaian sudut kemampuan individu dilantik dan kurang praktikalnya menteri yang dikira perform perlu ada lagi penasihat…

“Semua ini perkara biasa tentunya ada pelbagai pandangan untuk kita raikan. Apapun keadaan sekarang tidak sesuai dan mengizinkan semua kita mengeruhkan keadaan dengan bermain pertikaian, persepsi, prasangka dan gangguan politik.

“Permainan politik kepentingan juga harus dielakkan untuk membina kestabilan dan mencari nilai keberkatan saat negara dan rakyat serta kepentinganya memerlukan pemulihan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Katanya, krisis pandemik COVID-19 harus diutamakan supaya rakyat mampu segera keluar dan kesedaran dapat dipupuk untuk lebih bersedia hidup dalam fasa norma baharu dibawah persekitaran endemik.

“Bekerjalah wahai pemimpin negara dan mereka yang ada nikmat dilantik dalam semua posisi kerajaan dengan jujur, beramanah dan penuh kecekapan…

“Negara dan rakyat sudah cukup sengsara. Jawatan bukan lagi menyusun dan mencari peluang kesempatan. Ianya untuk menuntut wibawa perkhidmatan serta tanggung jawab yang berkesan,” tegasnya.