Lawatan Rasmi Joachim Kepada Maximus Di Putrajaya

Lawatan Rasmi Joachim Kepada Maximus Di Putrajaya

0
SHARE

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Joachim, yang mengetuai delegasi terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kluster Industri Minyak Sawit Sabah Sdn Bhd (POIC Sabah) Datuk Fredian Gan, Pengerusi Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) properties Sdn Bhd Christoper Mandut dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Thomas Logijin, serta pegawai dan pihak berkepentingan, diberi taklimat dan dikemas kini tentang peranan dan fungsi MHESS, dan kemajuan kerja.

Menurut Maximus, kerja-kerja memulihkan hak dan memenuhi tuntutan rakyat Malaysia Timur adalah keutamaan MHESS, dan diketengahkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pertemuan itu, yang turut melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg, dijadual bersidang buat kali kelima awal September.