Mayat Wanita Ditemui Di Tebobon, Kaki Dan Tangan Tinggal Tulang

Mayat Wanita Ditemui Di Tebobon, Kaki Dan Tangan Tinggal Tulang

0
SHARE
Foto ihsan IPD Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang wanita berusia 50-an ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah pondok di belakang stesen minyak Petronas di Jalan Tuaran dekat Tebobon di sini.

Ketua Polis Bandaraya, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pasukan Forensik percaya mangsa meninggal dunia tiga hari sebelum beliau ditemui.

Katanya pondok usang berkenaan dipercayai dijadikan tempat tinggal mangsa.

“Kedua-dua bahagian kaki dan tangan mayat telah mereput dan tinggal tulang…

“Keadaan kepala juga mula mereput dan perut telah mula kembung…

“Bagaimanapun, tiada unsur jenayah ditemui pada tempat kejadian,” katanya mengenai penemuan jam 10.15 pagi tadi.

Mayat telah dibungkus kemudian dihantar ke bahagian Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 bagi menjalan pemeriksaan ujian Covid 19 sebelum bedah siasat dijalankan.

Zaidi berkata rumah-rumah setinggan yang di kawasan terbabit disyaki dihuni oleh kelompok warga negara asing.

“Temubual awal ke atas beberapa penduduk sekitar sukar mendapat kerjasama, kesemuanya menyatakan tidak mengenali akan si mati,” katanya sambil menambah siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa.