KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu Sabah menurun 81 kes berbanding semalam dengan kesuluruhan 639 KES.
Sebanyak 55 peratus (55%) ataupun 350 kes berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Jurucakap Harian Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata selebihnya adalah kes daftar lewat sekurang-kurangnya dua (2) hari selepas keputusan saringan diketahui.
“Antara daerah yang terlibat ialah Kota Kinabalu yang mencatatkan 76 kes lewat didaftar dua (2) hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui, Penampang (44 kes), Kota Belud (49 kes) dan Papar (21 kes),” katanya.
Daerah Tongod mencatatkan sifar (0) kes baharu hari ini.
Beliau berkata peratusan kes sporadik semakin meninggi iaitu hampir 39 peratus daripada kes keseluruhan hari ini.
Kes sporadik biasanya berlaku kerana kelalian dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa bergaul atau berada di khalayak ramai.
“Peralihan negeri Sabah ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) yang membenarkan lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi dikhuatiri akan meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik…
“Adalah amat diharapkan keseluruhan masyarakat lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa bagi mengelak jangkitan virus COVID-19.
“Pembukaan semula sempadan daerah dan peralihan Sabah ke Fasa 3 PPN meletakkan tanggungjawab ke atas setiap orang menjadi benteng barisan hadapan dalam usaha kita membanteras virus COVID-19,” tegasnya.
Masidi berkata lagi, keberkesanan pengambilan vaksin dapat dilihat daripada kategori pesakit yang dilaporkan setiap hari dan mereka yang telah lengkap divaksin memiliki imuniti yang lebih tinggi.
“Kalau pun dijangkiti mereka hanya akan berada dalam Kategori pesakit 1 dan 2…
“Hari ini cuma (dua) 2 orang pesakit dalam Kategori 5 dan lima (5) orang dalam Kategori 4.
Pesakit dalam dua kategori ini adalah mereka yang memerlukan penjagaan rapi kesan jangkitan virus Covid. Dalam masa yang sama mereka juga berkemungkinan mengalami penyakit lain atau belum menerima vaksin,” katanya.
Dalam pada itu, cuma tiga (3) orang berada dalam Kategori 3, sementara 546 orang (85.5%) dalam Kategori 2 dan 56 orang (8.8%) dalam Kategori 1.
Mereka dalam Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 pula mengalami simptom ringan seperti batuk, demam atau selesema.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 80 (68)
Kota Belud – 59 (50)
Ranau – 52 (31)
Penampang – 48 (17)
Keningau – 38 (58)
Tuaran – 33 (42)
Kudat – 32 (62)
Beaufort – 31 (15)
Kota Marudu – 29 (44)
Lahad Datu – 28 (31)
Papar – 25 (22)
Putatan – 22(34)
Tenom – 21 (50)
Pitas – 19 (11)
Beluran – 17 (18)
Sipitang – 15 (11)
Kinabatangan – 14 (57)
Tawau – 13 (24)
Sandakan – 13(18)
Nabawan – 12 (10)
Kuala Penyu – 10 (1)
Telupid – 9 (16)
Tambunan – 8 (14)
Semporna – 5 (4)
Kunak – 5 (3)
Kalabakan – 1 (1)
Tongod – 0 (8)