Polis Penampang Tahan Dua Lelaki Terlibat Syabu

Polis Penampang Tahan Dua Lelaki Terlibat Syabu

0
SHARE
Ipd
Salah seorang suspek di bawah tangkapan polis ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Polis menahan dua lelaki tempatan dengan rampasan syabu bernilai RM1,730 dalam dua operasi berbeza di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata tangkapan pertama ialak seorang lelaki 54 tahun pada lebih kurang jam 9.30 malam Selasa (2 April).

“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek telah menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.53 gram dianggarkan bernilai RM830.

“Manakala tangkapan kedua, seorang lelaki 43 tahun dibuat pada Khamis jam lebih kurang 12 tengahari.

“Suspek memiliki dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 6.14 gram dengan nilai pasaran RM900.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis methamphetamine (meth) dan amphetamine (amp).

“Kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 39 a (1) dan Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau terus menyarankan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah.