KUALA LUMPUR – Seramai 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah lengkap menerima vaksin setakat pada Ahad.
Pemberian vaksin tersebut di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids).
Berdasarkan laporan CovidNow, sebanyak 1,553,175 atau 43.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,244,086 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Pada Ahad, sebanyak 26,584 dos telah diberikan melibatkan 7,266 dos pertama, 17,896 dos kedua dan 1,422 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,416,939.





