PENDUDUK TAMAN SRI INDAH SAMAN JABATAN AIR SABAH DAN KEMENTERIAN RM100 JUTA 

PENDUDUK TAMAN SRI INDAH SAMAN JABATAN AIR SABAH DAN KEMENTERIAN RM100 JUTA 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penduduk Taman Sri Indah, Kuala Menggatal bercadang untuk menyaman Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) termasuk Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Menurut jurucakap kumpulan terbabit, Abdullah Ahmad berkata: “pihak kami sedang berbincang dengan beberapa orang peguam bagi menyaman Jabatan Air dan kementerian yang terbabit.”

Tambah Ahmad, untuk makluman sehingga 20 Dis 2022 hampir 3 minggu berturut-turut Taman Sri Indah tidak mendapat bekalan air.

Masalah air di Taman Sri Indah termasuk flat dan kampung-kampung berhampiran mengalami gangguan bekalan air sejak ogos 2022.

Antara sebahagian penduduk di Flat Sri Indah sedang menunggu bekalan air daripada NGO di Sabah…

“Dalam cadangan kami akan letakkan defendan pertama adalah Pengarah Jabatan Air, Jabatan Air termasuk Kementerian Pembangunan Infrastruktur…

“Kami juga akan memasukkan senarai nama pegawai teknikal Jabatan Air Negeri Sabah di dalam saman ini,” katanya.

Menurut Abdullah, pihak mereka sedia maklum keadaan pembaikan sedang berjalan di loji rawatan Telibong, tetapi pihak Jabatan Air sepatutnya tampil menghantar bekalan air ke taman ini secara berkala.

Atas inisiatif NGO di Sabah yang peka masalah dihadapi penduduk di Flat Sri Indah, NGO berkenaan tampil membnatu menghantar bekalan air di Flat Sri Indah…

“Kami telah membuat aduan rasmi kepada pihak Jabatan Air, pihak kami juga telah menghantar mesej kepada Pengarah termasuk Menteri dan wakil rakyat meminta belakan air melalui lori tetapi permintaan kami tidak dilayan.

“Jabatan Air sepatutnya boleh mencontohi SOP SESB.

“Sepatutnya Jabatan Air letakkan jadual penghantaran air menggunakan lori, jadi sekurang-kurangnya penduduk boleh menggunakan air untuk kegunaan harian.

“Kami turut difahamkan masalah utama bekalan air di Sepanggar ketika ini berpunca selepas Shafie Apdal menukar kesemua kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja di loji rawatan air,” jelasnya.

Untuk rekod, semasa Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2018, tindakan kurang cerdik Shafie akhirnya membawa kepada keburukan di mana yang mendapat tempias adalah rakyat.

“Kami juga sedang berbincang untuk menyaman Shafie Apdal sebagai defendan kedua…

“Sebagai rakyat Sabah kami mempunyai hak dan atas sebab itu tindakan saman ini dibuat serta percaya kepada hak kami.

“Kami yakin akan menang saman ini dan akan menggunakan wang saman untuk membeli beberapa buah lori tangki air termasuk mengagihkan kesemua wang saman kepada penduduk yang terlibat,” tambah Abdullah lagi.

SHARE
Previous articleUMS Cemerlang Dalam RoboNeo 2022
Next articleDewan Rakyat Luluskan Bajet Mini 2023
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.