Dewan Rakyat Luluskan Bajet Mini 2023

Dewan Rakyat Luluskan Bajet Mini 2023

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Memetik sumber Berita Harian, keputusan terbabit dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Majlis Parlimen Ke-15.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul…

Terdahulu, Anwar membentangkan bajet mini, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.

Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkan emolumen penjawat awam.