Drama Bersiri Terbaru Di Astro Premier ‘Mystic Village’ Teroka Topik Alam Ghaib

Drama Bersiri Terbaru Di Astro Premier ‘Mystic Village’ Teroka Topik Alam Ghaib

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Satu drama bersiri terbaru iaitu ‘Mystic Village’ sebanyak 10 episod di Astro Premier Saluran 410 yang telahpun ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 setiap Isnin pada jam 9 malam.

Rancangan penyiasatan dengan unsur-unsur supernatural, bertempat di sebuah kampung di utara Semenanjung ini iaitu Kg. Sg. Gelik Kiri, dibintangi Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.

Mystic River diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.

Drama ini mengisahkan seorang Imam-fluencer yang pulang ke kampung halamannya setelah dikecam netizen apabila Tweetnya tentang poligami meletup serta menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Di situ dia menjumpai bakat terpendam dalam menyelesaikan misteri-misteri yang membabitkan benda-benda ghaib.

Bayangkan rancangan ini bagaikan kisah Sherlock Holmes bertemu rancangan reality TV popular, Imam Muda.