PERBINCANGAN PERDAGANGAN DUA HALA SABAH-BRITAIN

PERBINCANGAN PERDAGANGAN DUA HALA SABAH-BRITAIN

0
SHARE

KOTA KINABALU: Perdagangan dua hala menjadi agenda utama apabila Pesuruhjaya Tinggi British, Charles Hay, bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

​​Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa kunjungan hormat pada Selasa…

Selain hubungan perdagangan, Hay turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai projek sosial yang dilaksanakan Suruhanjaya Tinggi British di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sabah.

Hajiji pula memberitahu Hay mengenai inisiatif pelaburan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta program penanaman semula hutan di negeri ini.