KERJASAMA ANTARA SABAH DAN JEPUN DITERUSKAN

KERJASAMA ANTARA SABAH DAN JEPUN DITERUSKAN

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyambut Takahashi Katsuhiko di Menara Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa hari ini untuk membincangkan isu kepentingan bersama dengan Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko, di Menara Kinabalu dekat sini.

Antara isu itu ialah hubungan perdagangan serta kerjasama dua hala antara Sabah dan Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama.

Takahashi berharap kerjasama antara Jepun dan Sabah akan diteruskan jika tidak lebih diperkukuhkan lagi.