KM HAJIJI HADIR MESYUARAT MAJlIS TENAGA NEGARA PERTAMA

KM HAJIJI HADIR MESYUARAT MAJlIS TENAGA NEGARA PERTAMA

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (duduk emapt kanan) bergambar bersama Anwar (tengah) dan barisan pemimpin yang lain ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

PUTRAJAYA, SELANGOR – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat julung kali Majlis Tenaga Negara yang diadakan bagi menggariskan hala tuju dan dasar strategik bagi pelan hala tuju peralihan tenaga negara (NETR).

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini semalam, mesyuarat itu membincangkan beberapa isu utama mengenai keperluan tenaga semasa dan masa depan negara serta kemas kini mengenai 10 projek perdana di bawah NETR termasuk satu projek perdana Sabah, Keselamatan Tenaga Sabah, di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tujuh menteri persekutuan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.