ROS LULUS PENDAFTARAN PERSATUAN SRIKANDI PERTIWI NEGERI SABAH

ROS LULUS PENDAFTARAN PERSATUAN SRIKANDI PERTIWI NEGERI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan yang sah dibawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Pengerusinya Puan Helen Morris berkata, persatuan itu berjaya didaftarkan pada 4 Mac 2022 lalu dan telah menerima sijil pendaftaran pada 18 Mac 2022 daripada Penolong Pengarah Pendaftran Pertubuhan, Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah, Dewi Maing.

Katanya, misi dan visi persetuan ini ialah mencari,menjajaki dan membantu isteri veteran tentera,ibu tungal,Anak yatim dan OKU Persatuan Veteram Angkatan Tentera Tidak Berpensen Malaysia (PVATTBM) Sabah.

Puan Helen (tiga dari kanan) dan jawatankuasanya bergambar bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag semasa mengadakan kunjungan hormat di kediamannya di Tuaran…

“Dengan terdaftarnya persatuan ini, kita berharap dapat menggerakkan aktiviti dan program dengan segera, kerana banyak yang perlu kita lakukan untuk membantu keluarga PVATTBM di Sabah”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, persatuan itu amat bertuah kerana walaupun baru sahaja didaftarkan, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag telah bersetuju menerima pelantikan sebagai Penaung 1 persatuan semasa Ahli Jawatankuasanya mengadakan kunjungan hormat kepada beliau pada Ahad lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag diatas sokongan dan kesudian menerima pelantikan daripada pihak persatuan,” katanya.

Penaung 2 persatuan itu ialah Yang Di-Pertua PVATTBM Cawangan Sabah, Dato’ Zaman Bayang. Timbalan Pengerusi Persatuan ialah Rini Lidius @Haslinda Abdullah@Lucy.

Setiausaha disandang oleh Siti Darwina Awang, Penolong Setiausaha ialah Rohanizah Karim dan Bendahari ialah Sivinis @Rosalind Sumin.

Tiga orang ahli jawatankuasa terdiri daripada Salmiah Abdul Wahab, Ramia@Samiah Emui dan Sokilim Lunsin.