Jujur Serta Tegas Kualiti Utama Dalam Pemimpin Masyarakat – Yakub Khan

Jujur Serta Tegas Kualiti Utama Dalam Pemimpin Masyarakat – Yakub Khan

0
SHARE
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi perlu ‘Jujur serta Tegas’ dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat yang diwakili mereka.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, ini kerana tanggungjawab yang dipikul mereka amat berat sekiranya tidak ada sikap jujur serta ikhlas dalam tugas mereka sudah tentu matlamat untuk memperkasakan masyarakat yang diwakili mereka tidak akan tercapai.

Katanya, pemilihan pemimpin di peringkat akar umbi tidak semestinya berada dalam parti yang sama tetapi pemilihan itu berdasarkan keyakinan terhadap mereka untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Pemimpin masyarakat yang kita pilih mesti bekerja keras untuk masyarakat mereka sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan serta wakil rakyat mereka…

“Kita tidak semestinya memilih pemimpin masyarakat daripada kalangan orang kerajaan ..Ini kerana tanggungjawab yang digalas memerlukan komitmen berterusan tanpa membataskan pemahaman politik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Anak Negeri (KAN); Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN); Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina bagi N.16 Karambunai.

Yakub berucap pada majlis itu…

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, faktor mengutamakan hanya gelaran atau keistimewaan untuk menjawat jawatan itu harus dikikis dalam kalangan mereka.

“Memang jawatan sebagai gelaran hanya untuk dihormati perlu diletakkan di tepi…kita mahu semua pemimpin masyarakat yang dilantik ini perlu menjadi agen untuk menyuarakan masalah yang dihadapi di peringkat kampung mereka,” katanya.

Yakub berkata, mereka perlu berkhidmat tanpa perlu membezakan pemahaman politik sekaligus berusaha untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah di peringkat kampung mereka.

“Semua Ketua Kampung perlu bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan bersama-sama berkhidmat untuk masyarakat kampung berpuashati dengan perkhidmatan mereka di peringkat akar umbi,” katanya.

Yakub menambah, faktor meminta bayaran kepada setiap perkhidmatan mereka perlu dielakkan bagi memastikan masyarakat diwakili tidak menjadi beban terhadap perkhidmatan mereka.