Contohi KTC Berhad Dalam Membantu Golongan Memerlukan – Masiung

Contohi KTC Berhad Dalam Membantu Golongan Memerlukan – Masiung

0
SHARE
Masiung
Masiung bersama Awang Kadin (kiri) dan Dexter Lau menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf ( Sumber Foto: Ihsan LPPB )

KINABATANGAN, SABAH – Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) Sabah Datuk Masiung Banah menggesa agar syarikat besar yang lain mencontohi Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTCB) dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dalam kapasiti CSR mereka.

Katanya usaha yang dilakukan oleh syarikat korporat milik Datuk Dexter Lau itu dapat di lihat sebagai salah satu dari komitmen ke arah mendekatkan lagi hubungan mereka dengan masyarakat umum.

“Kita sedar kita dikelilingi oleh syarikat-syarikat besar dengan berbagai industri khususnya ladang kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama KTCB dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah di perkarangan Masjid Daerah Kinabatangan, semalam.

Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah masuk hari ke-6 hari ini setelah ianya memulakan jelajah di Parlimen Kalabakan, Tawau dan Semporna.

Jelajah itu kemudian ke Parlimen Lahad Datu dan hari ini berkampung di Parlimen Kinabatangan.

Sepanjang enam hari jelajah di Loma kawasan Parlimen, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad juga turut menyelitkan Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di Servay Tawau, Kunak dan Lahad Datu di mana setiap program melibatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan golongan Asnaf.

Program ini juga akan berlangsung di Sandakan, Penampang, Putatan dan sehinggalah ke Beaufort yang dikendalikan secara bersama dengan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Redonah Bahanda.