KUALA LUMPUR – PAS mengekalkan pendirian mereka untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini selama empat jam bermula 10 pagi tadi turut memuktamadkan akan memperkukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah.
“Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN…
“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” menerusi kenyataan dalam Facebook miliknya, petang ini.