Permohonan Undi Pos Untuk PRK DUN Bugaya Mula Dibuka Hari Ini

Permohonan Undi Pos Untuk PRK DUN Bugaya Mula Dibuka Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya Sabah telah dibuka bermula hari ini (13 Okt)..

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media berkata pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung kekosongan Bahagian Pilihan Raya Negeri Bugaya, semalam.

“Sehubungan dengan itu, SPR ingin memaklumkan bahawa permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRK DUN Bugaya kini dibuka bermula dari 13 Oktober…

“Tarikh tutup permohonan akan diumumkan selepas Mesyuarat Khas Urusan PRK DUN Bugaya pada 20 Oktober ini,” katanya.

Datuk Ikmalrudin Ishak…

Mengulas lanjut, beliau turut berkata permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya ahli atau pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media dikehendaki memohon secara manual.

Menurutnya, individu dalam kategori terbabit harus menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di
https://www.spr.gov.my dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

“Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR…

“Manakala, bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi arau organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian menerusi portal https://myspr.spr.gov.my/login,” katanya.