Speaker DUN Perlis Akan Maklumkan SPR Kekosongan Tiga Kerusi

Speaker DUN Perlis Akan Maklumkan SPR Kekosongan Tiga Kerusi

0
SHARE

KANGAR: Dewan Undangan Negeri Perlis akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan mengenai kekosongan tiga kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

Speaker DUN, Rus’sele Eizan berkata, pihaknya mempunyai tempoh sehingga 21 hari untuk mengemukakan notis rasmi, sambil menegaskan beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum makluman dibuat.

Tiga kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penamatan keahlian tiga wakil PAS berkuat kuasa serta-merta, selaras Artikel 50A Perlembagaan Negeri Perlis.

Rus’sele turut menyatakan pilihan raya kecil wajar diadakan demi kestabilan politik, walaupun penggal DUN telah melepasi tempoh tiga tahun.

Situasi politik negeri memanas selepas beberapa ADUN Perikatan Nasional dilaporkan menghadap Raja Perlis bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Mohd Shukri kemudiannya mengemukakan surat peletakan jawatan atas alasan kesihatan, yang akan berkuat kuasa tertakluk kepada perkenan Raja Perlis.

Pada PRU15, Perikatan Nasional memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis, manakala Pakatan Harapan hanya memperoleh satu kerusi.