KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar sisi oleh sebuah Toyota Hilux di Jalan Kolam menghala ke kawasan Bukit Padang sekitar 1.30 petang Jumaat.
Rakaman ‘dashcam’ yang tular jelas menunjukkan Hilux itu bersalah apabila memasuki lorong paling kanan dari Lorong tengah lalu melanggar mangsa yang menunggang motosikal.
Walaupun memakai helmet, kepala mangsa terhantuk ke jalan dengan impak kuat mengakibatkannya meninggal dunia.
Pemandu kereta berusia 50 tahun, dalam perjalanan pulang ke Bundusan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan paramedik yang tiba sejurus selepas itu mengisytiharkan mangsa telah meninggal dunia.
Rakaman dashcam membantu polis menyelesaikan kes ini, menonjolkan kecuaian serius pemandu Hilux yang meragut nyawa orang lain.






