Kredibiliti Jeffrey Kitingan Dipersoal Susulan Terima Jawatan Pengerusi SAMA

Kredibiliti Jeffrey Kitingan Dipersoal Susulan Terima Jawatan Pengerusi SAMA

0
SHARE

PETALING JAYA: Keputusan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menerima jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA) menimbulkan persoalan terhadap kredibilitinya sebagai pembangkang.

Penganalisis Universiti Malaysia Sabah (UMS), Syahruddin Awang Ahmad berkata, tindakan itu bercanggah dengan pendirian awal Kitingan untuk kekal di blok pembangkang selepas Pilihan Raya Negeri Sabah lalu.

Menurutnya, penerimaan jawatan dalam kerajaan memberi gambaran bahawa STAR kini berperanan sebagai sekutu strategik kerajaan negeri, sekali gus mengaburkan fungsi parti sebagai semak dan imbang.

“Keputusan ini juga boleh menimbulkan persepsi bahawa prinsip parti diketepikan demi jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Jeffrey menegaskan STAR akan kekal sebagai pembangkang walaupun memenangi dua kerusi dalam pilihan raya negeri November lalu.

Namun, ADUN Bingkor, Datuk Mohd Ishak Ayub kemudiannya dilantik sebagai pembantu menteri kewangan, dipercayai dengan persetujuan beliau.