Rafizi Ramli Sindir Orang Azmin Ali

Rafizi Ramli Sindir Orang Azmin Ali

0
SHARE

Ahli Parlimen Pandan Parti Keadilan Rafizi Ramli dipercayai menyindir Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin kerana mengaku memiliki kereta mewah melalui peruntukkan permit import (AP) yang diberikan oleh Kerajaan kepada setiap Ahli Parlimen.

Ini susulan daripada tindakan Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan sebelum ini telah menulis dan berkongsi kenyataan melalui aplikasi Twitter beliau yang bertarikh 26 Mei 2017.

“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam Twitter miliknya.

” I hereby confirm that I am one of the stupid Members of Parliament who did not use our AP allocation to buy imported cars”.

“Ha3 we shud scrap AP policy 4 MP. Get rid of AP & excise duty altogether. Everyone (esp the poor) don’t hv to pay thru the nose for a car”!

 

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang sebelum ini berkata adalah bodoh jika beliau sebagai ahli Parlimen tidak menggunakan kemudahan AP untuk memiliki semua kereta mewahnya.

Zuraida sebelum ini dipetik oleh Portal Sinar Harian berkata “Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,”.

Zuraida juga mengakui gemar memilih barangan berkualiti termasuklah kereta import.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” tambah katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dengan memiliki pelbagai kereta mewah.

Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.

Zuraida mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.

Beliau memberi jaminan bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya.

Ketika ini difahamkan wujud 2 kem di dalam Parti Keadilan  yang diterajui oleh Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan. Turut dipercayai Rafizi Ramli berada di dalam kem Wan Azizah manakala Zuraida Kamarudin pula dengan Azmin Ali.