KOTA MARUDU: Mesyuarat Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.6 Bandau Ke-41 hari ini meluluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan peringkat Pusat.
Bahagian itu turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Joachim Gunsalam sebagai Presiden dan Datuk Joniston Bangkuai sebagai Timbalan Presiden, bagi mengekalkan kestabilan serta perpaduan parti.
Usul berkenaan dicadangkan oleh Kosman Sura dan disokong Sabaruddin Samba, mencerminkan hasrat akar umbi untuk memastikan kesinambungan perjuangan PBS.
Dalam mesyuarat sama, perwakilan turut meluluskan usul mencalonkan Ketua Bahagian, Datuk Christoper Mandut sebagai calon Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Christoper sebelum itu menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian, manakala beberapa jawatan lain menyaksikan pertandingan.
Daripada 99 cawangan, sebanyak 73 berjaya mengadakan mesyuarat, dengan kehadiran kira-kira 100 perwakilan.






