Kakitangan Cawangan Bank Muamalat Di Sabah Positif COVID-19

Kakitangan Cawangan Bank Muamalat Di Sabah Positif COVID-19

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Bank Muamalat Malaysia Bhd di cawangan Kota Kinabalu, Sabah hari ini disahkan positif  COVID-19 dan kini dirawat di salah sebuah hospital kerajaan.

Bank Muamalat Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebagai langkah berjaga-jaga, semua rakan sekerja yang mempunyai kontak langsung dengan beliau, telah diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selama 14 hari dan sehingga mendapat pelepasan kesihatan sewajarnya.

“Usaha penjejakan kontak sedang dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan. Cawangan terbabit yang terletak di Aeropod Commercial Square, Jalan Kepayan di Kota Kinabalu, juga telah ditutup bagi membolehkan proses sanitasi dan nyahkuman dijalankan,” katanya.

Selain itu, Bank Muamalat berkata sejajar dengan keputusan kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama dua minggu mulai esok, waktu operasi semua cawangannya di kawasan tersebut ditetapkan pada 9.15 pagi sehingga 3 petang, berkuat kuasa hari ini.

“Bagi mengurangkan risiko susulan peningkatan kes COVID-19, cawangan-cawangan di Souq Al-Bukhary, Alor Setar (Kedah) serta di Sandakan (Sabah) akan turut beroperasi pada 9.15 pagi hingga 3 petang,” katanya.