SAN FRANCISCO – Syarikat gergasi media sosial Facebook (FB) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan akan menyekat segala bentuk iklan yang menggalakkan masyarakat dunia untuk menolak vaksin.
Menurutnya FB, keputusan itu dibuat kerana pihaknya sangat mengutamakan amalan kepentingan pencegahan penyakit serrta menggalakkan orang ramai di seluruh dunia untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19
“Walaupun pakar kesihatan awam bersetuju kita belum lagi mempunyai vaksin COVID-19 yang diluluskan dan boleh diperoleh dalam waktu terdekat, ada beberapa langkah yang masyarakat boleh ambil untuk kekal sihat dan selamat,” kata syarikat itu dalam kenyataan kelmarin (Selasa).
FB turut mengharamkan maklumat salah dan palsu yang dikenal pasti institusi kesihatan awam seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC).
Syarikat itu akan membenarkan iklan sama ada menggesa atau menghalang peraturan kerajaan berkaitan vaksinasi.
FB turut merancang untuk melancarkan kempen maklumat awam di Amerika Syarikat (AS) yang mendorong orang ramai mendapatkan vaksin untuk berdepan selsema bermusim.
Vaksin untuk merawat COVID-19 masih menjadi harapan dan kunci untuk mengatasi wabak berkenaan ketika beberapa makmal sedang berusaha membangunkan vaksin berkenaan.